Thursday, March 1, 2012

BERAT



berat dugaan semester ni... baru minggu kedua dah rasa sangat berat dah....

nak meng'handle' manusia dan nak ikut cakap manusia nie susah rupa-rupanya... akan ada ramai yang tak berpuas hati dengan apa yang kita lakukan....

namun, harus diingat bahawa apa yang ditegur atau dikritik adalah satu perkara yang akan menaikkan semangat kita untuk menjadi seorang yang lebih produktif.

MERANCANG

merancang memang mudah... tapi nak melaksanakannya, perlukan sesuatu yang dipanggil usaha.... kerjasama, persefahaman perlu ada.... sikap pentingkan diri sendiri tidak akan membawa kita ke mana-mana pun....

kita memerlukan seorang teman untuk berbicara tatkala kita di dalam masalah, dan kita perlu prihatin akan teman-teman kita juga, bilakah mereka mempunyai masalah....

bagi aku, teman, lawan, sahabat, kenalan, semua adalah sama... pernah melakukan kesalahan dan mempunyai hak untuk mendapatkan peluang kedua... tetapi, jika peluang kedua itu disia-siakan, perlukah kita menimbangtarakan peluang ketiga????

sahabat, teman, rakan-rakan.... pinta aku, anda kalian sahabatku, ampunkan segala salah dan silap sepanjang perkenaan kita... jadikan kenangan pait sebagai satu pengajaran, jangan diulanginya lagi. jadikanlah kenangan manis itu satu memori yang indah; walaupun tidak terpahat di kotak fikiranmu, sekurang-kurangnya ia boleh menjadi satu nostalgia yang bisa diolah....

NUR FATIN BINTI ZAINI menyayangi RAKAN-RAKANNYA....