Saturday, May 26, 2012

sedih.. kagum, seterusnya tersenyum!!

cerita bermula apabila kau duduk sorang2 dalam bilik nie... tadi aku kuar jap~~ terkenang kisah silam.. zaman-zaman bahagia monyet tu.... dulu bahagia laa.. sekarang, masing2 dah boleh bawak haluan sendiri... xtaw la kalau aku sorang je yg teringat2 macam nie. dia ingat kat aku ke tidak x tahu la...

rasanya nie la paling lame kitorang tak calling.. rindu jugak. tapi buat dekk je.. dalam keterpaksaan lama-lama terkilan nie hilang macam tu je jugak kan...

macam betul je... lantaklah korang nak kata ape, hati aku kan...

sedih tu memang sedih, sape tak sedih... tipula korang cakap tak sedih LANGSUNG bila dah lama mengharap, tiba-tiba tanpa ade apa-apa kes yang korang cetuskan atau dia cetuskan, berita buruk yang korang dengar... bukan kematian. kalau mati takpe, dah tahu mati. ini tak, hidup dan terus menyakitkan hati... memang rasa kalau dapat tampar, aku tampar laju-laju...

dah2.. emosi je lebih.. tadi sedih kan.. haa. aku on PC, nak buat assignment, pastu, aku bukak FB, tgok berita terkini...

x komen pape, x like ape2 sebab taknak orang tahu aku on9.. hehe... tapi ape yang peting aku dah setelkan kat FB.. send mesej kepada sesiapa yang cari aku dan terus bersedih.. xde mood gile.. rase macam nak marah semua orang. macam nak hempas semua barang.. macam nak cederakan diri sendiri pon ade gak.. tapi fikiran masih waras... kite rilex dulu.. buat ape sedih untuk orang yang tak ingat kite pn... buat ape kan...

terus aku bukak blog catatan abang joni.. best sangat.. kagum aku dengan blog dia..

macam sangat simple, tapi boleh buat aku senyum dan terus terlupa dan leka sebentar dengan msalah...

pasni hope aku dapat fokus lak nak sambung buat keje nie... walaupun dah ngantok dan keseorangan, tapi aku nak sangat habiskan ape yang tak habis...

Friday, May 18, 2012

am i??

AM I A BAD FRIEND?

AM I ALWAYS HURT MY FRIENDS FEELING?

AM I THAT CRUEL?

WHY MUST I FEEL IT THIS WAY?

DO THEY TAKE ADVANTAGE ON ME OR AM I TOO STRICT OR AM I NOT A GOOD FRIEND???

Kenapa hati ni selalu terasa dengan semua yang orang cakap atau buat kat aku?? tak suka la perasaan ni.....

mood:: I HATE MYSELF. I AM USELESS.

USELESS!!!

Monday, May 14, 2012

SAAAAAAAKITTTTTTTT HHHHHHHHHHATTTIIIII

SAKIT HATIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Lu Kasi Gua Mati Dulu La Baru Gua Diam!!!

LU KASI GUA MATI DULU BARU GUA DIAM!!!
macam best je kan??? brutal beb!! best pon best. tapi, sir tap hatemanak!!!!!! heheheheee...
bahasa yang rosak macam nie, adakah ia melambangkan remaja dan bangsa malaysia kita yang makin rosak?? apakah??
  

pada pendapat aku, kita tak salah untuk gunakan bahasa-bahasa kesat kasar macam nie, tapi, jangan diamalkan selalu dan diharap tidak dijadikan sebagai satu benda yang lazim...
nasihat aku kepada gadis-gadis ayu kat luar sana tuh, jangan gunakan bahasa-bahasa kasar, rock, waima gangster ini diamanapun anda berada, terutamanya didalam tandas awam dan juga di dalam shopping complex sebab dibimbangi anda akan menjadi andartu.... WOI FATIN!!! DIAMLA.. MEREPEK JE KERJA KAU!!!!

Ok.. sebenarnya aku bukan nak nasihat byk2 sangat pasal bahasa nie, sebab aku pon selalu je guna bahasa-bahsa nie mase bercakap ngan kawan-kawan aku... ayat biasa aku time seseorang mendidihkan darah muda aku adalah seperti berikut:
"woi, lu pehal?? tak puas hati dengan gua mai sini la kite ganyang!!!" itau adalah penipuan semata-mata!!! harap maaf...
"lu pe hal? tak puas hati sama gua, mari sini la!!!!" ye ke? macam penipuan jugak je..... lantak la, tapi lebih kurang je la...
ko pe hal?? tak puas hati cakap!!! itulah ayat standard kebanyan manusia kan?? aku tak nak nasihatkan orang kat sini, sebab aku pon selalu je mereng jugak dalam membahasakan bahasa nie....

**********
tajuk sebenar kita pada entry kali ni adalah  TUMOR....
tumor nie ada banyak jenis.. ade yang liar dan jinak...fakta ke auta?? 
sebab ape nak tlis pasal tumor??? hari nie, pada tanggal 19 h.b. insan kesayanagn saye.. (selapas mak dan ayah... mendapat ranking yang ke-3...) bakal menjalani pembedahan tumor telinga.... dia tukan, mase aku tanya betol awal2 dulu taknak cite btol2... mane la aku tahu dia nak bedah ape... mati2 aku pecaye yang die nak beadha otak dia.... hahhhaahhaaa..
bile pikir2 balek, macam tak logik je an... tapi, xpe la.. aku doakan dia akan sihat lepas nie....

tapi, yang buat aku tak puas hati, dia tahu dia sakit, pastu dia selalu plak nak sakitkan ahti aku nie ha.... aku plak bile pikir yang dia tu tak berapa nak sihat, terus la aku macam mengalah.,... tapi, dalam hati tuhan je yang tahu.... membuak-buak, mendidih-didih hati aku nie ha...

nanti la, aku jumpe dia nanti, siap la ko.... lu mau gua ikut cakap lu? try la!!! hahahaha...

seganas2 perkataan, tapi hati perempuan tak seganas perkataan tersebut...






kegagalan....

orang cakap, kita belajar dari kegagalan kita... kalau kita tak gagal, maknanya kita tak pernah belajar... ye ke???? tak tahu... bagi aku, betul lah tu. sebab aku dah pernah gagal... gagal gembirakan hati mak ayah aku.. walaupon mak ayah tak tunjuk dan bagitaw yang mereka berdua tak gembira dengan aku, tapi, sebagai anak, aku boleh rasa...

aku juga selalu gagal dalam menjaga kewangan... tp xblajar dri kgglan itu.....

surrender

surrender to my feeling?
no, it would never happened!!
i am so sorry, but it is just not me.

Lama dah...

LAMA DAH....
Tak mencarut marut dan merepek kerepek kat sini.. Takpe, tak ade yang rindu pon kan... sebenarnya banyak isu yang nak dikemukakan, tapi takut mengguris hati dan perasaan orang lain andaikata mereka terasa, jadi terus je merepek dan menkerepek kat dalam diari yang memerlukan pena dan kertas.
LAMA DAH tak dapat online lama-lama macam nie sebab for the whole last sem, aku tak ada lappy dengan aku. Sem nie INSYA-ALLAH aku akan menggunakan kemudahan lappy ini dengan sebaiknya sebab aku pakai abang punya lappy.

Semester lepas alhamdulillah berkat kurang mengadap facebook da kurang berSMS, aku dapat skor dalam final. risau jugak kalau semester nie aku tak dapat skor kalau asyik main game je kat dalam laptop. Hahahaha... sangat la menggunakan untuk kebaikan kan!!!
  Agak-agaknya kalau hantar laptop kat rumah dan datang sini just untuk belajar, adakah dapat membantu seperti semester lepas? mungkin ya, mungkin tidak. sebab semester nie, aku banyak menggunakan laptop untuk menaip assignment dan kurang menggunakan laptop orang lain. jadi aku tak menyusahkan orang dan tak rasa macam pegemis. aku tahu kesusahan meminjam laptop orang dan juga kerisauan kalau tersilap tekan-tekan laptop orang nie.... risau sangat-sangat.
tapi ada satu masalah jugak la dengan kemudahan yang aku ada nie. terlampau banyak barang dan melembabkan aku dalam membuat kerja. setakat nie tak adalah sangat serius, tapi kadang-kadang sangat risau bila tiba-tiba benda tu lambat nak appear. risau tahap yang tak dapat diterangkan lagi.

Semester nie jugak aku banyak sangat bersyukur sebab apa yang aku nak kebanyakannya aku dapat dan aku puas hati dengan apa yang aku ada. Syuku sangat dapat teman sebilik yang ramah. syukur sangat sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan baru. tapi dalam kegembiraan ada jugak kesedihan.

kesal jugak sebab muut nie terlalu lancang dalam berkata-kata sampai hari nie aku terasa sangat kesannya dalam diri aku. rasa bersalah yang amat sangat. aku sedar apa yang aku buat tu, caranya tak betul. tapi bila syaitan dah menguasai diri kita, akal kita letak ketepi kadang-kadang. apa yang salah pon kita rasa betul. itulah akibatnya bila kita terlalu menilai orang lain sampai kita tak nampak kesalahan sendiri dan bertindak macam orang yang kurang akal dan ilmu. aku dah mintak maaf dan aku harap sangat orang tu maafkan aku. alau dia nak aku mintak maaf pada semua ahli group yang aku kaitkan tu, aku sedia mintak maaf pada mereka semua supaya hubungan kami jadi lebih baik.

LAMA DAH  tak jumpa kawan-kawan balik, tapi tiba-tiba ada lagi benda yang tak sedap terjadi. memandangkan banyak perubahan telah dilakukan oleh pihak pengurusan atasan IPTA yang sedang aku belajar nie, banyak rombakan yag berlaku. ada rakan yang tercampak jauh daripada tempat asalnya dan mereka punya banyak konspirasi dan juga andaian-andaian yang negatif. mungkin sebab aku tak berada di tempat mereka, aku merasakan bahawa itu semua bukan satu konspirasi yang dirandang tetapi satu kebetulan. tetapi apabila berita demi berita telah aku dengari daripada pelbagai sumber yang boleh dianggap sah, aku mula terfikir dan menganggap bahawa tak semua benda boleh dikatakan atau dianggap sebagai sesuatu yang positif. walaupun ada ketelusan, tetapi jika tak dinilai daripada sudut yang kritikal kebenaran tak akan terserlah dan kita akan terus hidup dalam dunia politik yang penuh dengan kepura-puraan dan penuh dengan lakonan semata-mata.
sangat menjengkelkan manusia ini. walaupun pada rupa mereka sangat baik, tetapi tidak semua yang baik itu adalah baik dan tidak semua yang jahat itu jahat dan buruk.

yang baik itu mungkin pengubat bagi mereka yang memerlukan teman bergembira. tetapi adakah yang baik itu mampu menjadi teman saat anda berduka? jika mereka mampu, anda adalah seorang sahabat yang bertuah kerana mempunyai rakan yang sangat sempurna dimata dan juga dihati. tiada kepura-puraan dan sangat telus dalam persahabatan. indahnya persahabatan itu. segalanya dikongsi bersama. tetapi awas....!!! sahabat yang serupa ini mampu menghuru-harakan kehidupan anda jika anda berselisih faham dan tidak bertolak ansur atau terlalu menerima dan tidak pernah memberi. segala keburukan anda yang diketahuinya mungkin dijaja kepada orang lain. BEWARE....


yang buruk itu tidak semestinya busuk. mungkin sakit dimata, tetapi sakit itu berisi sesuatu yang istimewa.

PergHHHHHH...!!!! aku tape jgk mulut ko!!!!

ai.... sekarang nie makin ramai yang suka kutuk orang atau saudara mara sendiri kat publik...

pelik2....

x ke diorang rasa something bile wat macam tu?

kalau orang cakap buruk pasal ko ape perasaan ko?

aku tak kata aku baik sangat. aku pon ade gak gosip-gosip. tapi tak ade la gosip yang menjatuhkan air muka orang lain kat khalayak ramai....
nanti orang cop kite mulut busuk, mulut longkang...
bukan orang yg dikutuk dapat malu (bukan yg dikutuk dapat malu, tapi yang mengutuk yang di cop sebagai jahat!!!)

perkataan larangan....

dah menjadi adat, bila kita melerang, perkara itulah yang akan dibuat oleh orang....
contohnya, masa kita kecik-kecik dulu, bila orang suruh diam, dia tak maw diam, bila orang cakap jangan buang sampah merata-rata, berterabur sampah dibuangnya....

perangai nie dibawak sampai ke tua.....
contohnya, bila parkir kereta ataw moto.... kat mana diletak sign jangan parkir di sini... kat situ la dia nak park kenderaan dia....

dulu ada iklan dari petronas yang perli budaya tak sihat nie....
aku tak ingat la iklan apa, tapi kat situ ada paparan mesej "jangan buang sampah disini..." tapi masalahnya sampah bertimbun dan hamnpir menutupi sign yang diletak kat situ.....

manusia... suka mencuba.....


stop the disgusting craps..

ha.. sekarang da okay sikit... untuk malam nie..
hari nie je dah tiga entry aku buat. semua dengan perasaan yang berbeza2.. kenapa la kau nie??
xpe, janji aku tak kacau orang dan tak sakitkan hati orang.

aku bile marah, nampak sangat ke???????

:: &*%^::


kecewa... itu sahaja

aku bertahan.


Tak ada tajuk!!!

dah lama tak menjengah blog sendiri... sebok sangat gamaknya...

sebok? boleh tahan la...
dalam minggu lepas, banyak yang aku buat.. seroNok sangat duduk kat UUM tercinta nie masa semua orang balik kampung masing-masing. rasa macam dah berkerjaya pon ada...

dunia kerja nie lebih kurang macam masa buat assignment la. bezanya, x payah masok dewan kuliah, praktikal ja 24 jam...

seronok buat kerja nie.. tapi dalam masa yang sama, pecah kepala jugak le...

ade saimen baru menanti. buat blog untuk pasarkan barangan. ha... mencabar tu... nak kna exposekan kepada ramai2 orang nie bukan mudah. nak buat berita-cerita sedap2 bagi orang ramai tertarik.. bukan senang...

masa cuti nie jugak aku dah belajar macam mana nak buat animasi..

bukan nak bangga dengan diri sendiri. tapi berkat aku x putus asa, aku mahu belajar tanpa diajar, buat kerja yang pada orang lain susah, jadi senang pada aku...


nak hasilkan karya macam nie ambil masa satu hari suntuk, lama.... tapi berbaloi.... kepada kawan-kawan yang lain, xpe, fatin faham la.. mase tu kan kite cuti... nak kumpul same2 buat idea kan susah... setakat yang macam nie, fatin boleh handle lagi.  jgn risaw, fatin belum naik gila lagi buat benda-benda macam nie. fatin sukeee.... sebab tu x kisah. hehe..tapi yang nie version yang tak complete.. sorry, x boleh upload yang real punya... sebab hak cipta full version adalah bersama kwan2.

ahad, hari yang paling malas dalam semester nie... terbawak-bawak sampai hari isnin.. kenapa?? aku ponteng! wakaka... 

sabtu dah la x masok kelas ko-k. ahad n isnin plak ponteng kelas.. menangis mak bapak kalau tahu... 

ahad, jumpa tum mahathir, isteri ,anak dan ramai tokoh2 lain.. seronk!!!



MAAAFFF!!!

sebab:
1- bukan kawan yg baik.

2- bukan kawan yang baik

3- bukan kkawan yang baik...

MAAF

i need it!!

nak meluahkan tapi tak tahu pada siapa.
nak pendamkankan, makan diri.
nak ceritakan, aku bukan pencerita terhebat di alam nie..

harus bagaimana lagi, dan terus begini,
biarkan ku berbicara agar pulih semua....

aku sedar aku ni makin lama makin teruk,
prestasi dah tak  dapat nak dipaetahankan lagi.
mungkin nampak gagah dan kuat dalam diri, tetapi, aku sedar kelemahan diri....

tak mahu mengaku salah, susah terima kelemahan diri, tak mahu dilihat lemah dan mahu menjadi serba tahu..
tapi apa usaha aku?
belum cukup untk menandingi para penjawat DEKAN..

masalah yang timbul, kerana slah aku.. bukan niat aku untuk terjebak. matlamat asalku adalah untuk melihat rakan-rakanku senang. tak mahu mereka bertelagah. tetapi tanpa sedar, aku menjadi punca perbalaha mereka.

haruskah aku menarik diri dari semua ini??

haruskah aku menjadi ghaib??

aku rasa aku dah tak berdaya lagi..

aku lemah...

sekarang ni rasa macam nak pergi jauh dari semua.
nak bawa diri.. jauh dari sini....
nak tinggalkan semua masalah dan pergi jauh...


TAPI...


masalah tak akan selesai kalau aku melarikan diri...
perlu fikirkan ibu dan ayah lagi..
rakan-rakan sejawatan yang sama-sama berusaha untuk menjadikan organisasi kami unggul...
masa depan...
dan orang-orang yang tersayang....




...RNDUNYA MASA LALU...

blog adalah tempat aku meluahkan perasaan...
tapi kenapa hati nie masih sakit lagi???
SAKITNYA HATI NIE...