Monday, May 14, 2012

Lama dah...

LAMA DAH....
Tak mencarut marut dan merepek kerepek kat sini.. Takpe, tak ade yang rindu pon kan... sebenarnya banyak isu yang nak dikemukakan, tapi takut mengguris hati dan perasaan orang lain andaikata mereka terasa, jadi terus je merepek dan menkerepek kat dalam diari yang memerlukan pena dan kertas.
LAMA DAH tak dapat online lama-lama macam nie sebab for the whole last sem, aku tak ada lappy dengan aku. Sem nie INSYA-ALLAH aku akan menggunakan kemudahan lappy ini dengan sebaiknya sebab aku pakai abang punya lappy.

Semester lepas alhamdulillah berkat kurang mengadap facebook da kurang berSMS, aku dapat skor dalam final. risau jugak kalau semester nie aku tak dapat skor kalau asyik main game je kat dalam laptop. Hahahaha... sangat la menggunakan untuk kebaikan kan!!!
  Agak-agaknya kalau hantar laptop kat rumah dan datang sini just untuk belajar, adakah dapat membantu seperti semester lepas? mungkin ya, mungkin tidak. sebab semester nie, aku banyak menggunakan laptop untuk menaip assignment dan kurang menggunakan laptop orang lain. jadi aku tak menyusahkan orang dan tak rasa macam pegemis. aku tahu kesusahan meminjam laptop orang dan juga kerisauan kalau tersilap tekan-tekan laptop orang nie.... risau sangat-sangat.
tapi ada satu masalah jugak la dengan kemudahan yang aku ada nie. terlampau banyak barang dan melembabkan aku dalam membuat kerja. setakat nie tak adalah sangat serius, tapi kadang-kadang sangat risau bila tiba-tiba benda tu lambat nak appear. risau tahap yang tak dapat diterangkan lagi.

Semester nie jugak aku banyak sangat bersyukur sebab apa yang aku nak kebanyakannya aku dapat dan aku puas hati dengan apa yang aku ada. Syuku sangat dapat teman sebilik yang ramah. syukur sangat sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan baru. tapi dalam kegembiraan ada jugak kesedihan.

kesal jugak sebab muut nie terlalu lancang dalam berkata-kata sampai hari nie aku terasa sangat kesannya dalam diri aku. rasa bersalah yang amat sangat. aku sedar apa yang aku buat tu, caranya tak betul. tapi bila syaitan dah menguasai diri kita, akal kita letak ketepi kadang-kadang. apa yang salah pon kita rasa betul. itulah akibatnya bila kita terlalu menilai orang lain sampai kita tak nampak kesalahan sendiri dan bertindak macam orang yang kurang akal dan ilmu. aku dah mintak maaf dan aku harap sangat orang tu maafkan aku. alau dia nak aku mintak maaf pada semua ahli group yang aku kaitkan tu, aku sedia mintak maaf pada mereka semua supaya hubungan kami jadi lebih baik.

LAMA DAH  tak jumpa kawan-kawan balik, tapi tiba-tiba ada lagi benda yang tak sedap terjadi. memandangkan banyak perubahan telah dilakukan oleh pihak pengurusan atasan IPTA yang sedang aku belajar nie, banyak rombakan yag berlaku. ada rakan yang tercampak jauh daripada tempat asalnya dan mereka punya banyak konspirasi dan juga andaian-andaian yang negatif. mungkin sebab aku tak berada di tempat mereka, aku merasakan bahawa itu semua bukan satu konspirasi yang dirandang tetapi satu kebetulan. tetapi apabila berita demi berita telah aku dengari daripada pelbagai sumber yang boleh dianggap sah, aku mula terfikir dan menganggap bahawa tak semua benda boleh dikatakan atau dianggap sebagai sesuatu yang positif. walaupun ada ketelusan, tetapi jika tak dinilai daripada sudut yang kritikal kebenaran tak akan terserlah dan kita akan terus hidup dalam dunia politik yang penuh dengan kepura-puraan dan penuh dengan lakonan semata-mata.
sangat menjengkelkan manusia ini. walaupun pada rupa mereka sangat baik, tetapi tidak semua yang baik itu adalah baik dan tidak semua yang jahat itu jahat dan buruk.

yang baik itu mungkin pengubat bagi mereka yang memerlukan teman bergembira. tetapi adakah yang baik itu mampu menjadi teman saat anda berduka? jika mereka mampu, anda adalah seorang sahabat yang bertuah kerana mempunyai rakan yang sangat sempurna dimata dan juga dihati. tiada kepura-puraan dan sangat telus dalam persahabatan. indahnya persahabatan itu. segalanya dikongsi bersama. tetapi awas....!!! sahabat yang serupa ini mampu menghuru-harakan kehidupan anda jika anda berselisih faham dan tidak bertolak ansur atau terlalu menerima dan tidak pernah memberi. segala keburukan anda yang diketahuinya mungkin dijaja kepada orang lain. BEWARE....


yang buruk itu tidak semestinya busuk. mungkin sakit dimata, tetapi sakit itu berisi sesuatu yang istimewa.