Sunday, January 23, 2011

Cabaran Sem II 2011 di UUM

Cabaran Sem II di UUM, aku rasakan sem nie aku banayk main... *baru minggu kedua la che Fatin!!* Apa pon, aku tetap rasa aku banyak amin since aku banyak buang masa, and aku macam sedikit tidak bermotivasi. Mengapakah?? Kejutan budaya melandakah?? Ataupon ada punca yang lain yang aku tidak ketahui punca dan hujung pangkalnya.

     Sem nie jadi lebih mencabar bila laptop kesayangan aku LINGKOP.... Lingkop in meaning tak boleh digunapakai secara total dan Pendrive yang menjadi sambungan nyawa kepada Laptop tersebut tiada di tangan. aku terpaksa bergantung harap kepada sistem internet dan menyimpan semua kerja kursus dan segala jenis homework kat dalam draft e-mail aku. sangat sinple, but still sangat membebalkan bila aku terlupa nak save draft yang aku buat tu...
      Tahu la kalau masuk lab, sama je ngan CC, segala fail akan dipadam bila sistem direstartedkan. Maka, segala penat lelah dan idea tahap genius pon akan terlenyap dengan sekali klik... As simple as that..
      Azam aku, tak mau bagi orang pinjam duet, and akan menjadi sekedekut yang aku mampu, even dengan Pekndak Kafeteria tu. Kalau dapat tempat yang boleh bagi harga lagi murah, tempat tu la yang akan menjadi mangsa kunjngan terhormat aku.. *Kalah azam tahun baru dah nie...*
     Kepada sesiapa yang rasa dia ada hutang dengan aku tu, semoga Allah bukakan pintu hatinya untuk menjelsakan dengan kadar yag paling segera dan terdekat. 
      Blog merupakan salah satu punca pendapatan masa kini. Dengan kreativiti masing-masing, diharap agar ramai rakyat Malaysia akan mendapat faedah daripada kemajuan masa kini ini.Amin...
  P/s; banyak lagi cara sebenarnya, cuma malas @ tak pandai nak cari @ qosek...

Saturday, January 22, 2011

Hi There!!!

SEBUAH UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA...INSYA-ALLAH...
Yuhuuu...
Susah la sekarang nie nak update BLOG... Sebab kat Muamalat tak boleh sign in, terpaksa la mengUPDATEkan BLOG kat Fakulti Ekonomi atau lebih popular denagn nama panggilan FE dalam kalangan pelajar-pelajar dan juga pensyarah, tidak terkecuali juga para staf-staf disini...
    Kepeningan melanda students UUM semenjak UUm selalu mentransformasikan diri. Ini adalah kelemahan pihak pelajar yang sangat tidak alert akan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran. Tapi, nak salahkan sebelah pihak je pon tak patut. Yela kan, kalau dah usaha pihak berwajib tak cukup, macam mana pelajar nak dapat info secara keseluruhan...
   OK, sekarang jangan tuding jari nak salahkan semua pihak... Channel banyak, kita cuma perlu cari sendiri, takkan semua pon asyik nak tunggu orang datang bagi kat kita kan... Sangat tak praktikal dan tidak berdikari...
     Sekurang-kurangnya seorang pelajar ada sedikit maklumat tentang tempat pengajiannya, dan dikongsi dengan rakan-rakan lain, lepas tu, kalau ada kesedaran, maklumat akan tersebar... Kalau FACEBOOK dan TWITTER, MYSPACE, BLOG dan banyak lagi laman-laman sosial boleh tersebar, tidak mustahil maklumat-maklumat tentang UUM tidak boleh.
    Ada sesetengan pihak yang kreatif dan menjadikan laman web sosial sebagai medium perantaraan. Ini kerana mereka sedar bahawa para pelajar lebih gemar mengsign inkan FACEBOOK daripada LEARNING ZONE.
    Sebagai seorang pelajar di sebuah UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA, saya berharap agar saya pon dapat menjadi seorang yang mampu bergerak seiring dengan kemahuan Universiti dan mengelakkan lebih banyak kebaziran dalam modal pekerja terlatih. Diharap agar kesedaran tentang peri pentingnya sebyah pengurusan yang penuh beretika itu dapat membantu diri, keluarga, bangsa 1MALAYSIA dan juga ekonomi negara. INSYA-ALLAH...

Tuesday, January 18, 2011

TAK BOLEH BUKAK PON....

Semalam masa tengah lepak-lepak kat depan komputer, tergerak hati nak buka blog and post benda baru... Tapi tak dapat nak bukak pulak... Takkan UUM bolck blog kot.. Kalau FB tu, logik jugak...
Hari nie dah lupa apa yang nak ditulis semlam tu, tapi yang pasti, online dekat BKBM pon best gak..
Cuma FB pulak yang tak boleh sign in.. Tak tau apa masalahnya...

kelas E-Comm II semalam best.. Lect. suruh buat jurnal tiap-tiap hari.. Ala-ala diari gitu.. sehari dalam 16 patah perkataan je.. bayangkan la, nak tulis apa kat dalam tu...
Bia la, janji aku buat dan belajar untuk tulis apa yang penting sahaja... Huhuhu...

Ada sorang member nie cakap ngangkung best.. Boleh terus tengok dari youtube lagi tu.. Pergh!! Patut la industri filem negara, artis tanah air tak dapat nak jadi millionair, kalau ada pon, sekerat je, tak ramai... Banyak sangat kebocoran, ketirisan dan juga pecah muka amanah... Sebagai seorang remaja, rakyat malaysia yang gemarkan buang masa dan mendengar lagu-lagu barat... filem keluaran Malaysia, aku sangat tidak menyokong rempit cetak rompak waima aku sendiri pon suka menciplak karya agung orang lain dari internet.. maafkan saya.. huhu... nie sebab sangat tak membantu ekonomi negara...

Aku nak berterima kasih kepada KARTUNIS UBI sebab melalui weblognya, aku mendapat idea untuk memporak perandakan blog aku sendiri.. menjadikan blog aku sedikit lain dari yang biasanya.. Terima kasih Kartunis ubi... lain hari saya akan mentiru anda lagi...

Antara karya Kartunis ini yang menarik adalah seperti Aku, Dia dan Volkswagen.
sila layari....
http://www.ubikarikatur.com/


Da.. dah nak blah, ade kelas.. jumpa lagi...

Sunday, January 16, 2011

back

welcome back fatin...
lepas sebulan dok kat rumah menanjakan diri, akhirnya aku balik jugak kat uum nie untuk berjuang di medan pengajian...
dan...
bermulalah babak-babak sedih sepanjang aku di sini..
baru dua hari kat sini, akudah rasa macan dah sebulan...
macam-macam dugaan dah aku rasa setakat nie.. mana dengan lappy aku yangrosak tu lagi...
ADOYAI...


sepanjang dudukkat ruma, ativiti aku hanyalah makan, pek asam demgan kacang, dan juga merapu dengan adik-adik aku...
sangat 'berfaedah' sekali aktiviti aku tu..
boleh mengeratkan silaturrahim...
tapi,yag bagusnya masoksini lambat ialah, aku dapat tengok anugerah juara lagu, dapat tengok drama trilogi cinta.. n macam-macam lagi la...