Saturday, January 22, 2011

Hi There!!!

SEBUAH UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA...INSYA-ALLAH...
Yuhuuu...
Susah la sekarang nie nak update BLOG... Sebab kat Muamalat tak boleh sign in, terpaksa la mengUPDATEkan BLOG kat Fakulti Ekonomi atau lebih popular denagn nama panggilan FE dalam kalangan pelajar-pelajar dan juga pensyarah, tidak terkecuali juga para staf-staf disini...
    Kepeningan melanda students UUM semenjak UUm selalu mentransformasikan diri. Ini adalah kelemahan pihak pelajar yang sangat tidak alert akan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran. Tapi, nak salahkan sebelah pihak je pon tak patut. Yela kan, kalau dah usaha pihak berwajib tak cukup, macam mana pelajar nak dapat info secara keseluruhan...
   OK, sekarang jangan tuding jari nak salahkan semua pihak... Channel banyak, kita cuma perlu cari sendiri, takkan semua pon asyik nak tunggu orang datang bagi kat kita kan... Sangat tak praktikal dan tidak berdikari...
     Sekurang-kurangnya seorang pelajar ada sedikit maklumat tentang tempat pengajiannya, dan dikongsi dengan rakan-rakan lain, lepas tu, kalau ada kesedaran, maklumat akan tersebar... Kalau FACEBOOK dan TWITTER, MYSPACE, BLOG dan banyak lagi laman-laman sosial boleh tersebar, tidak mustahil maklumat-maklumat tentang UUM tidak boleh.
    Ada sesetengan pihak yang kreatif dan menjadikan laman web sosial sebagai medium perantaraan. Ini kerana mereka sedar bahawa para pelajar lebih gemar mengsign inkan FACEBOOK daripada LEARNING ZONE.
    Sebagai seorang pelajar di sebuah UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA, saya berharap agar saya pon dapat menjadi seorang yang mampu bergerak seiring dengan kemahuan Universiti dan mengelakkan lebih banyak kebaziran dalam modal pekerja terlatih. Diharap agar kesedaran tentang peri pentingnya sebyah pengurusan yang penuh beretika itu dapat membantu diri, keluarga, bangsa 1MALAYSIA dan juga ekonomi negara. INSYA-ALLAH...