Sunday, December 5, 2010

ICT dan Masyarakat...

Oleh kerana aku mudah lupa dengan apa yang aku baca, jadi aku amek keputusan untuk MENGEpostKAN apa yang aku baca kat sini... huhuhu...
    Bab 1 sampai 4 aku dah cover dah... ada lagi 4 bab aku nak kena baca... sempat ke tak, mari kita tengok sama-sama... Belog ni jadi saksi... Hahaha... <sahla students selalu jadi kreatif masa dekat-dekat nak exam nie!!!>
  




e-Ekonomi-
    Merupakan salah satu daripada lima teras penting dalam NITA. Pihak yang terlibat ecara langsung dengan NITA adalah pihak sektor awam, sektor swasta dan juga masyarakat. Ramai pihak yang mengambil kesempatan untuk mengembangkan pendapatan mereka melalui e-ekonomi. (terbukti sektor ICT mampu meningkatkan ekonomi sesebuah organisasi dan juga negara)
    Melalui ICT juga, proses jual beli akan menjadi lebih cepat dan pantas. Jika dibandingkan penggunaan cek dengan kad kredit, penggunaan kredit kad (salah satu daripada teknologi masa kini) adalah lebih cepat berbanding penggunaan cek (perlu tunaikan dekat bank kalau nak guna...) Dengan penambahbaikan dan teknologi yang semakin berkembang, kita tak perlu lagi keluar dari rumah untuk membayar bil-bil. kita hanya perlu menggerakkan jari untuk melakukan transaksi kewangan. Ini telah memudahkan lagi urusan harian manusia.
    Terdapat beberapa konsep e-Ekonomi; perniagaan elektronik, Perdagangan elektronik, dan juga Infrastruktur untuk perniagaan elektronik.
 
    perniagaan elektronik adalah seperi pembelian dan penjualan secar online, latihan pekerja, pengambilan pekerja melalui sistem online, dan juga sistem inventori yang diuruskan oleh vendor.
    Perdagangan elektronik pula adalah sebarang transaksi yang  dilalukan melaui saluran rangkaian yang berantarakan komputer yang memindahkan hak pemilikan atau hak penggunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan daripada penjual/pembekal kepada pembeli/pengguna. Proses ini akan lengkap apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk melakukan pertukaran ini melalui perantaraan komputer. Akhirnya, hak pemilikan telah ditukar sesama sendiri.
    Infrastruktur untuk perniagaan elektronik  boleh dibahagikan kepada empat bahagian;
1- Penyedia perkhidmatan rangkaian (akses kpd internet- wireless, broadband..)
2- teknologi maklumat- komputer, router, hub, server, ect..
3- Perisian yang digunakan untuk melaksanakan arahan perkakasan (teknologi maklumat)
4- Perkhidmatan yang disediakan seperti e-pembyaran, khidmat pengesahan dan pengiklanan.

Tujuan diperkenalkan e-ekonomi adalah untuk melicin dan menggalakkan aktiviti perdagangan dan perniagaan elektronik bagi menyokong perkembangan  ekonomi di negara kita.
    Visi e-ekonomi pula adalah sebagai  satu agen yang menggalakkan semua sektor ekonomi malaysia mencipta nilai dan kekayaan melalui penyertaan dalam ekonomi global yang dijana oleh pengetahuan. Berteraskan pengetahuan, diharap agar masyarakat akan bersama-sama membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mengharung era global yang mencabar ini.
    Terdapat lima jenis transaksi dalan perdagangan elektronik. Mereka adalah  B2B, B2G, B2C, G2B, C2C.
     Rangkaian berantarakan komputer; peranti-peranti yang disambungkan dan boleh berkomunkasi secara interaktif melalui saluran berangakian. Contoh; cellphone berinternet, networked computer, yang menggunakan rangaian penghubung seperti interne, extranet, intranet, ect..
    Laman-laman web yang berinteraktif dan berinformasi boleh membantu e-ekonomi. Laman web yang mesra pengguna akan membantu memudahkan pengguna 8ntuk melakukan lawatan dan membuat keputusan jika dia benar-benar berminat denagn apa yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi.
    untuk mendapatkan maklumbalas pula, e-meal dan forum online merukan medium yang amat bertepakan dengan konsep e-ekonomi.
    Dengan memberikan latihan secara online kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada sesebuah organsasi atau francais,  kos dan masa dapat dijimatkan.
    Mesyuarat secara online, iaitu melalui sidang video adalah amat menjimatkan masa dan boleh dijalankan dimana jua, selagi perkhidmatan internet boleh didapatkan.





     Merujuk kepada usaha untuk meningkatlkan taraf hidup dalam sesebuah masyarakat.Kejayaan e-komuniti adalah bersandarkan kepada penyertaan komuniti itu sendiri. disamping pelbagai penyertaan daripada sektor awan dan swasta.Komuniti yang terlatih adalah amat diharapkan dalam melahirkan  komuniti yang terlatih, berpengetahuan, maju, berdaya saing dan menepati konsep wawasan 2020.
    Objektif; membina rangkaian komunikasi antara masyarakat agar dapat membina masyarakat bersepadu melalui internet walaupun dipisahka oleh faktor geografi. membangunkan masyarakat yang berdaya maju melaui perdagangan elektronik. <Menggalakkan masyarakat agar lebih berinovatif dalam penggunaan dan juga pengubahsuaian ICT dan multimedia yang sedia ada.
   Program dibawak e-komuniti adalah seperti KEMAS-IT-InTouch, MIU, MID (Medan Info Desa), Program Internet Desa,

    Then, impak ICT kepada masyarakat... Boleh pakai logik je... Hahahaha...
   DAGS, ataupun skim aplikasi penunjuk cara, bawah NITA...
      Patu, dah abeh...
hahahaha... I am ready.... nanti, tunggu nak goreng baik-baik punya kat dalam TE...
    Wish me good luck taw...
   Sambil aku wat nota ni tadi, sempat lagi berfesbuk... men kuiz. aku otak kanan punya orang...


OTAK KIRI : Otak kiri kita pula memproses maklumat yang berbentuk perbualan, pemikiran logik dan analisis. Otak kiri kita amat hebat dalam proses menamakan serta mengkategorikan sesuatu, simbol, ucapan, mambaca, menulis dan mengira.Otak kiri kita memproses maklumat secara linear dan mengikut urutan. Jika kita lihat balik sistem pendidikan kita, kita dilatih untuk menguasai pembacaan, penulisan serta pengiraan dan kesemua ini melibatkan otak kiri kita.

OTAK KANAN:Otak kanan kita berfungsi untuk mengawal aspek-aspek seperti persepsi, ruang, penglihatan, kreativiti dan intuisi. Cara otak kanan kita memperoses maklumat adalah berbeza dengan otak kiri.Otak kanan memproses maklumat dengan cepat dan secara tak linear dan tak bersiri. Otak kanan kita melihat sesuatu secara menyeluruh dan cuba mencari perkaitan di antara satu sama lain. Cara otak kanan kita memproses maklumat amat sukar diterangkan melalui perkataan kerana ia amat kompleks.


   ####################################

 I've got test today.. wish me best of luck...