Monday, January 30, 2012

roh dan tidur...

dalam satu artikel yang aku baca baru-baru nie ada menyebut tentang KENAPA KITA SUSAH NAK BANGUN TIDUR.....

Rupa-rupanya kajian tersebut menyokong tanggapan dan teori aku bahawasanya semasa kita tidur, roh akan keluar dari badan.

mimpi adalah satu daripada minda bawah sedar kita. kadang kala minda kita bersatu dengan roh (semasa kita tidur) yang menyebabkan kita mendapat pengalaman yang sama dengan apa yang roh kita sedang alami.

kata orang lama, kita akan mimpikan seseorang kalau dia sedang ingatkan kita. perkara ini boleh berlaku kalau kedua-dua pihak yang terlibat sedang tidur.
roh sang perindu akan melawat orang yang dirindui... dan mungkin bertemu di alam roh... roh dan minda yang masih bertaut pula akan meransang satu imej yang bergerak yang dinamakan mimpi...


teori ni tak tahulah benar atau tidak dari segi islamiknya. yelah, mimpi kan mainan tidur... mainan syaitan...

bagi mereka yang suka bermimpi, tidur anda adalah kurang berkualiti... ini kerana roh anda yang bersambung dengan minda menyebabkan minda anda kurang rehat.
kesan sampingannya adalah, minda letih dan badan akan terasa lemah-lemah dan juga lenguh-lenguh... pernah tak rasa macam nie??? aku pernah merasai pengalaman nie....


lagi satu... kalau tidur dah sampai mimpi-mimpi mengarut ngarut tu, maknanya anda dah sudah terlebih tidur.. maka aktif-aktifkanlah diri dengan buat benda-benda lain yang berpaedah....

akhir kata... selamat tidur dan selamat malam...
eh, macam terbalik je... xpe, asalkan bahagia